Jumaat, 20 November 2015

Teh Hijau untuk kulit yang cantik


Helo korang ~ siapa suka minum teh hijau?

Tea

Actually, Teh hijau ni sangat bagus tau untuk kulit! Berikut merupakan sedikit tips bagi penggemar teh hijau untuk mendapatkan kulit yang cantik ;


tea paste


Green tea Paste
Selepas minum teh, korang simpan uncang teh tu dulu. Kalau buang, sungguh membazir, baik hadiahkan pada Cik Lalat je. Okey, korang gunting uncang teh dan letak dalam bekas kecil. Tambah madu dan buat macam paste. Pastikan wajah korang bersih sebelum apply paste ni. Biarkan selama 10 minit, kemudian basuh wajah.


perfect_cup_of_green_tea_01


Green tea water
Rasanya tips ni paling mudah nak buat. Sediakan segelas teh hijau yang panas, kemudian biarkan ia sejuk. Bila dah sejuk, korang boleh splash-splash muka korang dengan teh tu. Lepas tu, korang bolehlah bilas muka. Itu je. Senang kan?



Chamomile-Tea-Bags1


Steamy Tea-bag
Ambil seuncang teh hijau. Panaskan dengan air panas sehingga teh jadi ‘steamy’ ataupun ‘ber-wap’. Perah sedikit air teh ( bukan semua yer ) dan gosok ke seluruh wajah korang selama 1 atau 2 minit  sehingga uncang teh jadi sejuk )



Matcha-green-tea-facial-mask


Green tea with facial cleanser
Kalau korang nak dapatkan wajah yang berseri-seri sebelum ke sekolah/kerja, amalkan mencuci muka dengan teh hijau+pencuci muka feberet korang. Caranya ;
panaskan Teh hijau dan ambil uncangnya. Potong uncang teh dan tuang isi teh ke dalam bekas kecil.
Ambil 2 tsb pencuci muka korang dan letak kat dalam bekas teh tadi. ( banyak/sikit pencuci muka is up to uolls ).
Kemudian gaul sehingga sebati. Apply kat seluruh muka dan diamkan selama 5 minit. Basuh.

 
DSCN2124


Green tea steam.
Panaskan air dan tuang ke dalam mangkuk yang lebar/luas. Ambil beberapa uncang teh dan potong, tuang isi uncang teh ke dalam mangkuk yang berisi air panas tadi. Ambil tuala dan letakkan di atas tuala korang. Kemudian – letakkan wajah korang berhampiran dengan air panas tadi, tapi jangan dekat sangat…dah terasa wap je dah cukup memadai. Stay selama 5 minit.


Sebenarnya, ada banyak lagi tips berdasarkan teh hijau ni, tapi hanya ni jelah kot yang Cik Lalat rasa paling senang nak buat ~ yelah...kalau panjang sangat instruction dia, nanti macam leceh pula nak buat. kan? 

Haaa ~ apa tunggu lagi, korang bila nak try ni? ^       ^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan