Memaparkan catatan dengan label Beauty. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Beauty. Papar semua catatan

Jumaat, 20 November 2015

Teh Hijau untuk kulit yang cantik


Helo korang ~ siapa suka minum teh hijau?

Tea

Actually, Teh hijau ni sangat bagus tau untuk kulit! Berikut merupakan sedikit tips bagi penggemar teh hijau untuk mendapatkan kulit yang cantik ;


tea paste


Green tea Paste
Selepas minum teh, korang simpan uncang teh tu dulu. Kalau buang, sungguh membazir, baik hadiahkan pada Cik Lalat je. Okey, korang gunting uncang teh dan letak dalam bekas kecil. Tambah madu dan buat macam paste. Pastikan wajah korang bersih sebelum apply paste ni. Biarkan selama 10 minit, kemudian basuh wajah.


perfect_cup_of_green_tea_01


Green tea water
Rasanya tips ni paling mudah nak buat. Sediakan segelas teh hijau yang panas, kemudian biarkan ia sejuk. Bila dah sejuk, korang boleh splash-splash muka korang dengan teh tu. Lepas tu, korang bolehlah bilas muka. Itu je. Senang kan?



Chamomile-Tea-Bags1


Steamy Tea-bag
Ambil seuncang teh hijau. Panaskan dengan air panas sehingga teh jadi ‘steamy’ ataupun ‘ber-wap’. Perah sedikit air teh ( bukan semua yer ) dan gosok ke seluruh wajah korang selama 1 atau 2 minit  sehingga uncang teh jadi sejuk )



Matcha-green-tea-facial-mask


Green tea with facial cleanser
Kalau korang nak dapatkan wajah yang berseri-seri sebelum ke sekolah/kerja, amalkan mencuci muka dengan teh hijau+pencuci muka feberet korang. Caranya ;
panaskan Teh hijau dan ambil uncangnya. Potong uncang teh dan tuang isi teh ke dalam bekas kecil.
Ambil 2 tsb pencuci muka korang dan letak kat dalam bekas teh tadi. ( banyak/sikit pencuci muka is up to uolls ).
Kemudian gaul sehingga sebati. Apply kat seluruh muka dan diamkan selama 5 minit. Basuh.

 
DSCN2124


Green tea steam.
Panaskan air dan tuang ke dalam mangkuk yang lebar/luas. Ambil beberapa uncang teh dan potong, tuang isi uncang teh ke dalam mangkuk yang berisi air panas tadi. Ambil tuala dan letakkan di atas tuala korang. Kemudian – letakkan wajah korang berhampiran dengan air panas tadi, tapi jangan dekat sangat…dah terasa wap je dah cukup memadai. Stay selama 5 minit.


Sebenarnya, ada banyak lagi tips berdasarkan teh hijau ni, tapi hanya ni jelah kot yang Cik Lalat rasa paling senang nak buat ~ yelah...kalau panjang sangat instruction dia, nanti macam leceh pula nak buat. kan? 

Haaa ~ apa tunggu lagi, korang bila nak try ni? ^       ^

Rabu, 18 November 2015

Cara ‘cover’ lingkaran mata hitam dengan Lipstick

 

imagesggg

Percaya ke?

Lipstik boleh tutup mata panda korang?

Okay, Tak caye, jum tengok cara – caranya ;

First of All, korang kena ada Lipstik. Kalau takde lipstik camne nak buat kan. Lipstik mestilah kolor merah ataupun oren. Jangan pula memandai guna kolor lain, lain pula jadinya nanti.

 

Red-Lipstick-Concealing-Trick-64700-BOP-v2

Kita guna lipstik merah/oren ni sebab warna ni boleh menaturalkan warna panda pada mata kita jika diaplikasikan bersama concealer. Kalau korang takde concealer pun takpelah, janji lipstik merah/oren tu dulu.

Okey, pastu, bersihkan wajah korang. Bersih sebersih-bersihnya kay? lepastu, tepeklah apa korang nak tepek kat muka korang. But Cik Lalat suggest korang apply pelembab muka +  primer dulu.

Then, ambik lipstik oren atau merah korang dan letak kat area mata yang gelap tu. Hati-hati, jangan letak banyak sangat…korang dot-dot je pun dah cukup memadai untuk Cover mata panda tuh.

Seterusnya, korang blend lipstik tu dengan jari. Lagi bagus kalau ada berus blend. Blend bagus-bagus yerr!

Next, pakailah concealer yang selalu korang guna dan apply kat bawah mata.Kalau takde Concealer, boleh ganti dengan foundation.

Kemudian, korang bolehlah dab-dabkan bedak muka korang untuk hasil yang lebih memuaskan, dan Tadaaaaaa ~ mata panda dah hilang!

Selamat mencuba girls!